Sabtu, 6 November 2010

Kata Aluan Guru B. Melayu SK Sungai Buloh

KATA ALU-ALUAN

Guru Bahasa Melayu Tahun 4
Cik Nor Azura Bt Junoh

Tahniah kepda Puan Zarina Bt Zakaria kerana dengan usaha gigihnya dapat beliau menyiapkan Laman Blog yang dibimbing oleh Pensyarah Dr. Khairudin B. Mohamad dengan jayanya.

Usaha murni ini tentulah dapat memenuhi harapan para pendidik dan pelajar menyalurkan pelbagai maklumat tentang pendidikkan dalam Laman Blog yang dibina.Saya percaya pembinaan Laman Blog ini tentu akan menyumbang kepada usaha memperkasakan program dan aktiviti Pendidikkan Bahasa Melayu sedia ada di sekolah-sekolah.

Saya berharap penghasilan Laman Blog ini akan menjadi pemangkin kepada semua guru di sekolah saya untuk membina Laman Blog masing-masing supaya kita dapat berkongsi ilmu di dalamnya.Laman Blog yang dibina haruslah yang bermutu supaya dapat menarik ramai pembaca.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan setinggi –tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Zarina bt Zakaria dan kepimpinan mengendalikan panitia sekolah dan usaha gigihnya membina Laman Blog. Supaya beliau bertambah maju dalam mengembangkan sayapnya dalam memajukan sekolah dan mendidik anak bangsa yang tercinta.

Sekian Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan