Selasa, 9 November 2010
Latihan Tatabahasa Melayu
a) Ayat aktif kepada ayat pasif
i) Saya membersihkan semak dan onak yang melinkari perdu pokok.
ii) Penduduk kampung itu telah mengemukakan bantahan kepada wakil rakyat mereka.
iii) Pak Yusuf memeram buah-buahan mangga yang belum begitu masak dengan cara membungkusnya.
b) Ayat penyata kepada ayat tanya
i) Ibu bapa perlu menasihati anak-anak supaya berdisplin
ii) Buku ini diterbitkan ini diterbitkan di London
iii) Kita perlu minum enam pain air sehari.
c) Ayat biasa kepada ayat songsang
i) Ahmad lukis sebuah pemandangan pantai di waktu senja.
ii) Adik makan ayam goreng di atas meja yang dihidangkan pagi tadi.
iii) Abu menang dalam perlumbaan lari 100 meter dalam sukan sekolahnya.
d) Cakap Ajuk kepada cakap pindah
i) "Kau buat apa semalam Amrin?" tanya Lim.
ii) "Pak Ali jangan mencabar saya," tegas Pak Dol.
iii) "Apa, kau ingat aku ni kuli engkau ke?" marah Osman kepada Jidin.
Sabtu, 6 November 2010
Koleksi Soalan Bahasa Melayu UPSR
Kata Aluan Guru Besar SK Sungai Buloh
KATA ALU-ALUAN
Guru Besar Sek. Keb. Sungai Buloh.
En Shahari b. Mutu
Tahniah dan Syabas atas usaha dan inisiatif Pihak Institut Perguruan Kampus Raja Melewar, Bahagian Pendidikkan Bahasa Melayu, khususnya BBM 3105 yang telah mengajar Guru Sekolah saya membina Blog.Seterus secara tidak langsung kami dapatlah memuatkan pelbagai program sekolah di situ bagi disebarkan kepada umum,
Saya berharap Blog yang dibina ini dapat memenuhi matlamat Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam usaha membangunkan modal insan yang bersifat progresif, bermoral,berdisplin dan beretika disamping memiliki ciri-ciri inovatif, kreatif, berkemahiran serta berwawasan.
Semoga usaha murni Pensyarah yang membimbing mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Sekaligus dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak.
Selamat Maju Jaya,
Kata Aluan Guru B. Melayu SK Sungai Buloh
Guru Bahasa Melayu Tahun 4
Cik Nor Azura Bt Junoh
Tahniah kepda Puan Zarina Bt Zakaria kerana dengan usaha gigihnya dapat beliau menyiapkan Laman Blog yang dibimbing oleh Pensyarah Dr. Khairudin B. Mohamad dengan jayanya.
Usaha murni ini tentulah dapat memenuhi harapan para pendidik dan pelajar menyalurkan pelbagai maklumat tentang pendidikkan dalam Laman Blog yang dibina.Saya percaya pembinaan Laman Blog ini tentu akan menyumbang kepada usaha memperkasakan program dan aktiviti Pendidikkan Bahasa Melayu sedia ada di sekolah-sekolah.
Saya berharap penghasilan Laman Blog ini akan menjadi pemangkin kepada semua guru di sekolah saya untuk membina Laman Blog masing-masing supaya kita dapat berkongsi ilmu di dalamnya.Laman Blog yang dibina haruslah yang bermutu supaya dapat menarik ramai pembaca.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan setinggi –tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Zarina bt Zakaria dan kepimpinan mengendalikan panitia sekolah dan usaha gigihnya membina Laman Blog. Supaya beliau bertambah maju dalam mengembangkan sayapnya dalam memajukan sekolah dan mendidik anak bangsa yang tercinta.
Sekian Terima Kasih.
Kata Aluan Ketua Panatia B. Melayu SK Sungai Buloh
KATA ALU-ALUAN
Ketua Panitia Bahasa Melayu
Pn Zarina Bt Zakaria.
Alhamdulilaha,saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan taufiq hidayat-Nya saya dapat membina Laman Blog bagi tujuan pendidikkan untuk tatapan umum di seluruh Malaysia.Sebagai Ketua Panitia, tentulah banyak kebaikkan yang dapat saya muatkan dalam Laman Blog itu nanti.
Semoga Laman Blog ini menjadi pemangkin kepada para guru khususnya warga pendidik untuk terus memuatkan unsur-unsur pendidikkan dalam Blog ini, supaya ilmu kita akan terus bertambah dan berkembang.
Melalui cara ini juga kita dapat menambah kenalan bagi tujuan mendidik anak bangsa kita. Tahniah sekali lagi kepada Pensyarah Dr. Khairudin b. Mohamad yang telah berkongsi ilmunya untuk kami membina Laman Blog yang sudah tentunya banyak memberi manfaat khususnya dalam pendidikkan.
Ahirnya saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih di atas usaha pihak IPG dan Sektor Pendidikkan Bahasa Melayu kerana telah mengambil inisiatif mengajar membina Laman Blog.Moga-moga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Sekian Terima Kasih.
Profil Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
Keterangan warna:
• Hijau - menunjukkan kedudukan sekolah ini yang terletak di perkampungan yang berorientasikan aktiviti pertanian.
• Kuning – melambangkan kesetiaan kepada sekolah.
• Merah – Melambangkan semangat dan keberanian warga sekolah menuju kecemerlangan.
Keterangan bentuk:
• Tangkai padi – Menunjukkan hasil pertania utama iaitu tanaman padi sawah di perkamungan ini.
• Buku – Melambangkan sekolah sebagai sumber ilmu pengetahuan.
• Obor - Ilmu sebagai penyuluh hidup dan kebahagian masa hadapan.
Bendera SK Sungai Buloh
Keterangan warna:
• Biru ( warna latar ) - melambangkan ilmu yang disampaikan.
• Putih ( pada tulisan ) – melambangkan murid-murid yang hadir ke sekolah ibarat kain putih mengharapkan ilmu yang disampaikan oleh guru.
Keterangan warna:
• Hijau - menunjukkan kedudukan sekolah ini yang terletak di perkampungan yang berorientasikan aktiviti pertanian.
• Kuning – melambangkan kesetiaan kepada sekolah.
• Merah – Melambangkan semangat dan keberanian warga sekolah menuju kecemerlangan.
Keterangan bentuk:
• Tangkai padi – Menunjukkan hasil pertania utama iaitu tanaman padi sawah di perkamungan ini.
• Buku – Melambangkan sekolah sebagai sumber ilmu pengetahuan.
• Obor - Ilmu sebagai penyuluh hidup dan kebahagian masa hadapan.
Berusaha meletakkan Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
ke tahap yang membanggakan dan mendapat kepercayaan pihak Jabatan Pelajaran dan masyarakat setempat. Dengan pencapaian yang cemerlang dalam bidang Kurikulum dan Ko-Kurikulum,
pembentukan rohani,sahsiah dan disiplin yang terpuji,persekitaran sekolah yang kondusif, kepimpinan yang berkesan dan disenangi serta
Mendapat kerjasama yang erat dari masyarakat setempat.
Visi SK Sungai Buloh
Sekolah Unggul Penjana Generasi
Gemilang
LAGU SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH
SEKOLAH KAMI YANG TERCINTA
MENJUNJUNG TINGGI PENDIDIKAN NEGARA
MATLAMAT KITA BERSAMA
OH GURU KAULAH PELITA
PEMIMPIN WAWASAN BANGSA
JASAMU ITU TIDAK KU LUPA
UNTUK SEPANJANG MASA
CEKAP BERDISIPLIN TEKUN DAN SABAR
KE ARAH KECEMERLANGAN
SKSB KAULAH PENYULUH HIDUP
GEDUNG ILMU KITA SEMUA
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH
SEKOLAH HARAPAN NEGARA
KAMI BERIKRAR MENCAPAI KEJAYAAN
UNTUK SEPANJANG MASA
KAMI BERIKRAR MENCAPAI KEJAYAAN
UNTUK SEPANJANG MASA