Selasa, 9 November 2010

Mari Belajar Membaca

Youtube pertandingan pidato Antarabangsa

Latihan Tatabahasa Melayu


a) Ayat aktif kepada ayat pasif


i) Saya membersihkan semak dan onak yang melinkari perdu pokok.
ii) Penduduk kampung itu telah mengemukakan bantahan kepada wakil rakyat mereka.
iii) Pak Yusuf memeram buah-buahan mangga yang belum begitu masak dengan cara membungkusnya.


b) Ayat penyata kepada ayat tanya

i) Ibu bapa perlu menasihati anak-anak supaya berdisplin
ii) Buku ini diterbitkan ini diterbitkan di London
iii) Kita perlu minum enam pain air sehari.


c) Ayat biasa kepada ayat songsang

i) Ahmad lukis sebuah pemandangan pantai di waktu senja.
ii) Adik makan ayam goreng di atas meja yang dihidangkan pagi tadi.
iii) Abu menang dalam perlumbaan lari 100 meter dalam sukan sekolahnya.


d) Cakap Ajuk kepada cakap pindah

i) "Kau buat apa semalam Amrin?" tanya Lim.
ii) "Pak Ali jangan mencabar saya," tegas Pak Dol.
iii) "Apa, kau ingat aku ni kuli engkau ke?" marah Osman kepada Jidin.


BELAJAR SUKU KATA BAHASA MELAYU TAHAP 1

Sabtu, 6 November 2010

Koleksi Soalan Bahasa Melayu UPSR


Untuk melihat kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman UPSR 2008 sila KLIK SINI

Untuk melihat kertas soalan Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2008 sila KLIK SINI

Untuk melihat kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman 2007 sila KLIK SINI

Untuk me;ihat kertas soalan Bahasa Melayu Penulisan 2007 sila KLIK SINI

Guru-Guru B. Melayu SK Sungai Buloh






Kata Aluan Guru Besar SK Sungai Buloh

KATA ALU-ALUAN

Guru Besar Sek. Keb. Sungai Buloh.

En Shahari b. Mutu

Tahniah dan Syabas atas usaha dan inisiatif Pihak Institut Perguruan Kampus Raja Melewar, Bahagian Pendidikkan Bahasa Melayu, khususnya BBM 3105 yang telah mengajar Guru Sekolah saya membina Blog.Seterus secara tidak langsung kami dapatlah memuatkan pelbagai program sekolah di situ bagi disebarkan kepada umum,

Saya berharap Blog yang dibina ini dapat memenuhi matlamat Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam usaha membangunkan modal insan yang bersifat progresif, bermoral,berdisplin dan beretika disamping memiliki ciri-ciri inovatif, kreatif, berkemahiran serta berwawasan.

Semoga usaha murni Pensyarah yang membimbing mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Sekaligus dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak.

Selamat Maju Jaya,